Jwanita Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Jwanita Poster filem Jwanita.jpeg Poster filem Jwanita Pengarah Osman Ali Penerbit Julian Jayaseela Pengarang Osman Ali Lakonan Maya Karin Bront Palarae Cristina Suzanne Stockstill Datin Umie Aida Marsha Milan Londoh Syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd Ehsan Production Pengedar Empire Film Solution Mula ditayang 24 September 2015 Tempoh tayangan 1 jam 40 minit Negara Malaysia Bahasa Bahasa Melayu Perbelanjaan RM 1.5 Juta[1] Pulangan kasar RM 1.5 Juta[2] Jwanita ialah sebuah filem seram Malaysia yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida[3] dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015. Isi kandungan 1 Plot 2 Senarai Pelakon 3 Produksi 4 Sambutan 4.1 Tayangan 5 Ulasan 6 Runut bunyi 7 Pencapaian 8 Sekuel 9 Rujukan Plot PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul. (Langkau ke bawah) Jwanita (Maya Karin) yang mengalami masalah mental akibat pernah didera secara mental dan fizikal oleh ibu/dukun (Datin Umie Aida) dan bapa angkatnya (Radin Intan) yang mengamalkan ilmu hitam.Jwanita kemudiannya bertemu dengan Dr. Farhan (Bront Palarae) yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya dalam satu kejadian penuh tragis.Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) yang terpisah daripadanya sejak kecil. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula dengan perwatakannya yang jauh berbeza. Jwanita mula menggoda Dr. Farhan untuk berlaku curang terhadap Julaika dan menghasut anak-anak buahnya. Nona,pembantu rumah (Marsha Milan Londoh) telah diugut untuk tidak menganggu perancangannya selepas Nona ternampak Jwanita melakukan pemujaan.Namun, sebelum Nona sempat memberitahu majikannya mengenai kelakuan pelik Jwanita, dia telah dibunuh. Jwanita kemudiannya menghidupkan semula mayat Nona. Mayat Nona telah digunakan oleh Jwanita untuk menggangu dua orang pekerja Dr. Farhan, sebelum mereka berdua turut dibunuh.Mayat ketiga-tiga orang ini kemudiannya digunakan untuk menganggu pula hidup Julaika. Julaika mulai menjauhkan anaknya dari Jwanita. Ketika Jwanita membawa anak-anak buahnya berjalan-jalan, Julaika menjumpai tempat pemujaan Jwanita. Jwanita marah apabila mengetahui Julaika telah menjumpai tempat pemujaannya. Jwanita mengejar dan cuba membunuh Julaika dan anak-anak buahnya. Jwanita hampir membunuh Julaika sebelum membawa lari anak-anak buahnya. Dr. Farhan kemudian mengejar Jwanita dan berjaya menghalang Jwanita dari membunuh anak-anaknya. Dr. Farhan dan Julaika hampir selamat namun Jwanita sempat mencederekan Dr. Farhan. Jwanita kemudiannya membunuh diri dengan membakar dirinya bersama-sama Dr. Farhan. Julaika dan anak-anaknya, walau bagaimanapun, selamat. Jalan cerita tamat di sini. Senarai Pelakon Dukun (Datin Umie Aida) ketika sedang ketawa. Maya Karin memegang watak sebagai Jwanita dalam filem ini. Maya Karin sebagai Jwanita Bront Palarae sebagai Dr.Farhan Cristina Suzanne Stockstill sebagai Julaika Marsha Milan Londoh sebagai Nona Datin Umie Aida sebagai Dukun Radin Intan sebagai Rostam Elnisa Husni sebagai Jwanita (masa kecil) Produksi Pengarah filem, Osman Ali ini mengulas bahawa dia mendapat ilham untuk menghasilkan filem ini dari hasil pembacaannya mengenai kes-kes pembunuhan di akhbar.Filem ini ialah filem seram kedua arahannya selepas Puaka Tebing Biru iaitu pada tahun 2007.[4]Watak Jwanita telah ditulis khas untuk Maya Karin[1] manakala watak Dukun pula dicipta khas untuk Datin Umie Aida yang pernah membintangi filem Dukun (2007).Filem ini juga merupakan filem seram pertama bagi Bront Palarae.[5] Sebanyak 10 tong drum darah sintetik telah diimport dari Thailand untuk digunakan sepanjang pengambaraan filem ini.[6] Sepanjang pengembaraan,Maya Karin terlalu menjiwai watak Jwanita sehinggakan pengarah,Osman Ali dan Bront Palarae tidak berani mendekati dia ketika di set pengembaraan.[1][7]Filem ini telah menjalani pengambaraan di Kijal dan Kemaman Terengganu, Kuala Lumpur dan Kuala Kubu Baru.[1] Proses pengambaraan mengambil masa sebanyak sebulan, iaitu yang terpendek untuk Osman Ali.[1][8]Terdapat babak dimana Marsha digantung dan dihentak ke dinding berulang kali. Babak ini menyebabkan Marsha mengalami lebam di seluruh babak.[9]Walau bagaimanapun, proses pasca produksi telah menyebabkan filem ini memerlukan sebanyak tiga tahun sebelum dapat ditayangkan.[1] Sambutan Filem ini menjadi mahsyur di media sosial sejak filem ini ditayangkan kepada umum.[10][11] Tayangan Trailer bagi filem ini telah dimuatnaik ke YouTube pada 10 Julai 2015.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Nu Sentral pada 8 September 2015.Terdapat beberapa orang dilaporkan termuntah dan tidak dapat meneruskan menonton kerana terlalu seram.[12]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015 di 57 pawagam.[13]Filem ini telah diberikan klasifikasi 18 oleh FINAS,[14]selepas 30 peratus dari babak ngeri dipotong oleh pengarah.[7]Selepas lima hari ditayangkan, filem ini berjaya mengumpul RM 600 ribu.[15]Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini mengutip kutipan sebanyak RM 1.5 Juta. Ulasan Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah bercampur.Kebanyakan pujian memuji lakonan Maya Karin serta elemen seram di dalam filem ini manakal kritikan dituju terhadap susunan polt yang serabut. Mohd Al Qayum Azizi dari mStar memuji arahan Osman Ali serta lakonan memberangsangkan dari Umie Aida, Marsha Milan Londoh dan Maya Karin. Dia juga tidak akan terkejut sekirannya Maya mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia (FFM). [16] Deric Ect dari portal perfileman Dailyseni.com pula mengkritik filem ini sebagai "baik tetapi bukan terbaik". Dia mengulas "masalah dengan filem ini ialah Osman Ali." dan walaupun dengan persembahan memberangsangkan dari Maya Karin, plot cerita yang lintang pukang serta arahan pengarah merencatkan filem ini.[17]Dia turut menyatakan mungkin filem ini akan menyebabkan kejatuhan Maya Karin di dalam industri perfileman. Runut bunyi "Dendam Cinta" Single oleh Alyah Dikeluarkan pada 2015 Dirakam pada 2015 Genre Balada Panjang 3:35 minit Penulis Nurzaidi Abdul Rahman Penerbit Nuansa Sdn Bhd Lagu OST untuk filem ini ialah Dendam Cinta oleh Alyah.[18]Lagu ini telah dilancarkan di Hulu Kelang pada 18 Ogos 2015.[19] Pencapaian Anugerah Kategori Penerima Hasil Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Dicalonkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Cristina Suzanne Dicalonkan Skor Muzik Asal Terbaik Nur Zaidi Abdul Rahman Dicalonkan Sekuel Pengarah filem ini, Osman Ali merancang untuk membuat sekuel bagi filem ini pada tahun 2016.Dia turut menambah, untuk filem seterusnya, aspek pemasaran dan promosi akan lebih dilipatgandakan.[20] Rujukan Mohamad Ishak, Noor Ainulyakin (8 Ogos 2015). "Jwanita, filem seram kedua taruhan Osman Ali". Sinar Harian. Check date values in: |access-date= (bantuan); "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai pada 2016-01-01. Mohd Faizal, Shazryn (24 Julai 2015). "‘Jwanita’ filem seram kedua Osman Ali selepas lapan tahun". The Rakyat Post. Dicapai pada 1 Januari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan) "Jwanita filem seram kedua Osman Ali". Sinar FM. 22 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. "Kerana 'Jwanita', Bront Palarae Jauhi Maya Karin". extra Tonton. 15 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. "Jwanita Buat Maya Karin Jadi Gila Meroyan, Kejam & Psiko". Murai.com.my. 22 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. (Inggeris)"Osman Ali cuts 30pc of ‘Jwanita’ scenes". The Malay Mail. 10 Ogos 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) (Inggeris)Yeoh, Angelin (23 September 2015). "Maya Karin is the black magic woman in Jwanita". The Star. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) Syed Mahdi, Syed Musaddad (13 September 2015). "Jwanita uji Bront, Marsha". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan) Shuib, Syafique (29 September 2015). "'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita". Astro Awani. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) "Non-Stop Menjerit! – Reaksi Netizen Bila Tonton Jwanita Yang Cukup Menyeramkan & ‘Psycho’ Tahap Menggigil". Ohbulan.com. 29 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. "Filem Paling Seram, Jwanita Bakal Hantui Hidup Anda". Rotikaya.com. 25 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. (Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) (Inggeris)"Osman Ali happy with 18 rating for ‘Jwanita’". The Malay Mail. 11 September 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) (Inggeris)"Polis Evo, Jwanita continues performing strongly at the box office". Astro Awani. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) Azizi, Al Qayum (28 September 2015). "'Jwanita' Sukar Dijangka, Bukan Sekadar Filem Seram". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan) (Inggeris)Ect, Deric (22 September 2015). "THERE’S SOMETHING WRONG WITH ‘JWANITA’". Dailyseni.com. Dicapai pada 2015-12-31. Mohamad, Zaidi (4 Ogos 2015). "Osman Ali kembali dengan genre seram, pertaruh Jwanita". Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan) Azam, Nadia (19 Ogos 2015). "Jwanita filem seram bebas tapisan". Malaysiakini. Dicapai pada 1 Januari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan) Ashari, Amirul Haswendy (27 Disember 2015). "Osman optimis Langit Cinta pergi jauh". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2016. Check date values in: |access-date= (bantuan) Ini adalah rencana pilihan. Klik di sini untuk maklumat lanjut. [sorok] l b s Filem arahan Osman Ali Puaka Tebing Biru (2007) Anak Halal (2007) Ombak Rindu (2011) Cun! (2011) Jiwa Taiko (2012) Sejoli (2014) Pilot Cafe (2015) Jwanita (2015) Langit Cinta (2016) Kategori: Ralat CS1: datesLaman menggunakan petikan accessdate dan tiada URLFilem 2015Filem Malaysia tahun 2015Filem arahan Osman Ali Menu pandu arah Belum log masuk Perbincangan Sumbangan Buka akaun Log masuk Rencana Perbincangan Baca Sunting Sunting sumber Lihat sejarah Cari Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport Cipta buku Muat turun sebagai PDF Versi boleh cetak Peralatan Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Muat naik fail Laman khas Pautan kekal Maklumat laman Item Wikidata Petik laman ini Dalam bahasa lain English Sunting pautan Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:31, 14 September 2016. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut. Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian Pembangun Cookie statement Paparan mudah alih Wikimedia Foundation Powered by MediaWiki